Ambil bacaan kuning bayi setiap hari di klinik terdekat.
Langkah 2: Siap sediakan bayi
Lindungi mata bayi dan bayi harus tidak berpakaian.
Jangan Percaya Mitos Rawatan!
Rawatan fototerapi untuk bayi jaundice & penyusuan ibu boleh merawat penyakit kuning bayi.
Jangan: Jemur baby kuning
Cara ini amat berbahaya kepada bayi; Bukan sahaja cara hilangkan kuning bayi ini tidak berkesan, ia akan memburukan lagi keadaan bayi. Bayi boleh mengalami dehidrasi dan sinar matahari/UV akan menyebabkan kulit bayi terbakar kerana bayi mempunyai kulit nipis.
Jangan: Beri susu kambing
Tiada kajian klinikal yang mengesahkan keberkesanan cara ini untuk menurunkan kuning bayi neonatal jaundice. Susu kambing juga tidak disyorkan kerana ia tidak mempunyai nutrien lengkap seperti susu ibu, dan sistem penghadaman bayi yang baru lahir sukar untuk mencernanya.
Jangan: Mandian baby kuning
Mandi air bunga atau batang wali untuk kuning baby. Tiada kajian klinikal yang mengesahkan cara kurangkan kuning bayi ini berkesan untuk merawat demam kuning jaundice.
Jangan: Biarkan bayi sembuh sendiri
30% kes bayi kuning / deman kuning, kalau dibiarkan tanpa rawatan fototerapi, akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan otak dan pendengaran bayi.
pilihan rawatan paling efektif - lampu fototerapi demam kuning